Paranormal. Antara kebenaran dan kepalsuan.
            Jika orang bertanyakan apakah dia yang  dimaksudkan dengan hantu, rata-rata sependapat ia adalah roh atau jelmaan orang  yang telah meninggal dunia, makhluk yang mempunyai wajah yang menggerunkan dan  sebagainya. Tetapi adakah apa yang dinamakan sebagai hantu itu wujud? Berbagai  kajian dan penyelidikan dijalankan oleh kumpulan atau perseorangan mengenai  fenomena ‘hantu’ ini dan kebanyakan mereka yang mempercayai kewujudan ‘hantu’  ini sependapat ianya memang wujud dan cuba berkomunikasi dengan mereka yang  hidup. Dan kehadirannya dapat dibuktikan dengan rakaman atau observasi yang  dibuat di lokasi secara langsung. Pelbagai peralatan digunakan dalam menjalankan  kajian seperti contoh alat perakam suara, kamera infra merah, alat pengesan  medan magnetic dan sebagainya. Namun begitu, percanggahan tesis mengenai  kewujudan ‘hantu’ ini mendapat reaksi dari sesetengah pengkaji yang lebih  bersifat ‘percaya bila melihat’ dan juga dikaitkan dengan bukti yang logik dan  kukuh.
            Sebelum mengupas lebih lanjut tentang  fenomena paranormal ini dan merungkai misteri disebalik nya, apakah yang  dimaksudkan dengan EVP, Vorteks, Orb (Sfera roh), EMF, dan sebagainya.  Electronic Voice Phenomenon atau dalam singkatanya EVP adalah rakaman bunyi yang  diambil semasa kajian dijalankan. Selalunya alat perakam suara diletakan di  tempat-tempat tertentu yang dipercayai sering kedengaran bisikan atau pun  aktiviti luarbiasa  di dalam lokasi. Sebagai contoh di dalam bilik tidur, ruang  tamu, dapur atau lorong laluan di dalam rumah dan sebagainya. Kebiasaanya,  kebanyakan rakaman tersebut akan menunjukkan bunyian aneh seperti suara orang  bercakap, menangis, ugutan, atau mengerang dan berbagai lagi. Bagi mereka yang  percaya kepadanya akan beranggapan itu adalah dari roh atau hantu tersebut yang  mendiami lokasi. Namun begitu bagi sesetengah pengkaji yang lebih ekstrem,  mereka tidak mengambilnya 100% sebagai bukti yang kukuh kerana EVP boleh  dipengaruhi dengan bunyi persekitaran yang adakalanya disalah tafsir apabila  didengar. Dalam pengalaman membuat kajian, memang ada kebenaran dari segi logik  mengenai bunyi tersebut. Sebagai contoh, penafsiran bunyi EVP adalah dipengaruhi  oleh pemikiran individu yang mendengarnya. Bunyi pergerakan atau gangguan  persekitaran yang kurang jelas adakalanya ditafsirkan seperti suara orang yang  sedang bercakap atau menyebut perkataan tertentu sedangkan ianya adalah jauh  dari yang disangka. Sebagai contoh, bunyi desiran angin atau geseran  menjadi  bunyi sepertu raungan atau suara orang tua dan sebagainya. Itu sebabnya bagi  kumpulan yang mempercayainya dan kumpulan yang mempertikaikannya sering berdebat  mengenai isu EVP. Namun apa yang pasti, kebanyakan hasil rakaman EVP tidak dapat  digunakan sebagai bukti kukuh akan kehadiran ‘hantu’ atau roh tersebut. EMF pula  adalah alat pengesan medan elektromagnetik. Terdapat perbagai jenis dan jenama  yang digunakan tetapi ianya merujuk kepada satu fungsi utama iaitu untuk  mengesan kehadiran gelombang elektro magnetik di lokasi. Ada pendapat para  pengkaji yang mengatakan ‘hantu’ atau roh orang mati ini mempunyai gelombang  magnetik tertentu dan ianya dapat dikesan dengan penggunaan alat ini. Teori  diperkuatkan lagi dengan bukti perubahan pada bacaan alat tersebut di lokasi  yang mengesan adanya medan elektro magnetik hasil dari tenaga yang dijanakan  oleh jisim ‘hantu’ tersebut. Akan tetapi, kelemahan alat ini adalah apabila si  pengguna atau pengkaji tidak menyedari ianya boleh dipengaruhi oleh arus  elektrik pada kabel atau wayar yang berada di lokasi. Kebanyakan kes-kes seperti  ini sering berlaku di lokasi seperti rumah atau bangunan lama dimana arus  elektrik masih lagi mengalir dalam system kabel pada rumah atau bangunan  tersebut. Yang paling memburukkan lagi bacaan ialah apabila terdapat wayar atau  kabel terdedah didalam dinding konkrit yang sukar dikesan. Namun tidak dapat  dinafikan sesetengah kes yang berbeza seperti di lapangan terbuka bacaan pada  alat EMF adakalanya menimbulkan persoalan tentang punca tenaga tersebut.  Walaupun begitu, pengkaji tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa atau  terus mengiakan bacaan pada alat, ini kerana selain kehadiran arus elektrik di  lokasi EMF juga boleh mengesan medan yang terhasil dari magnet walau ianya  sebesar ibu jari yang mungkit terdapat di lokasi tanpa kita ketahui.  
Penurunan suhu mendadak yang tidak dapat dijelaskan  sering berlaku pada kawasan atau sudut tertentu yang sering dialami oleh para  pengkaji. Ianya dikaitkan dengan kehadiran ‘hantu’ tersebut. Secara teori,  apabila sesuatu jisim hidup tersebut mati, ianya akan membebaskan sisa tenaga  yang disimpan didalam tubuhnya sewaktu hidup. Tenaga ini adaalanya dapat  dirasakan oleh mereka yang secara kebetulan berada di waktu dan tempat pada  waktu yang sama. Selain itu terdapat juga pendapat dan teori yang mengatakan,  perubahan suhu mendadak adalah dipengaruhi oleh perwatakan ‘hantu’ atau roh  tersebut. Panas dikaitkan dengan kemarahan, kebencian, dendam dan sebagainya dan  sejuk pula berkait rapat dengan ketakutan, ketidaktenteraman, kekeliruan dan  kesedihan. Sejauh mana kekuatan teori ini tidak dapat dinyatakan kerana memang  ada kes yang tidak dapat dijelaskan iaitu penurunan suhu mendadak dan kemudian  meningkat melebihi suhu normal di lokasi. Akan tetapi bagi agama Islam, kejadian  Jin adalah dari api dan sememangnya api adalah panas dan tidak dapat dinafikan  juga bagi sesetengah pengkaji bahawa kehadiran makhluk ini boleh menyebabkan  perubahan suhu di sesuatu titik tertentu. 
Di atas adalah huraian mengenai sebahagian peralatan  serta fungsinya tetapi adakah dengan hanya hasil bacaan peralatan tersebut boleh  menguatkan akan adanya hantu? Jika tidak, bagaimana dengan sesetengah foto atau  rakaman yang menunjukkan akan kehadiran bentuk-bentuk tertentu atau bayangan  gelap dan sebagainya sepert yang banyak terdapat didalam laman web dan  sebagainya? Sebagai contoh, dibawah adalah sebahagian foto yang dikirimkan  kepada ParaCrypt dan juga yang terdapat di dalam koleksi para pengkaji yang  turut sama membuat kajian ini.
                    Lembaga yang dipercayai langsuir atau pontianak di dalam  sebuah rumah kosong
                       Imej lembaga wanita tua di balkoni sebuah rumah banglo  dua tingkat di siang hari 
                                                Susuk lembaga di atas balkoni sebuah  gereja
Lembaga lelaki berpakaian kot di belakang batu nisan  pada waktu malam
Pelbagai reaksi atau pendapat yang  diberikan oleh pengkaji ataupun peminat aktiviti paranormal ini. Dan bukan itu  sahaja, dewasa ini terdapat pelbagai jumlah penemuan hantu yang berjaya dirakam  dengan kamera. Akan tetapi, adakah semua foto dan rakaman ini benar atau hanya  sengaja dibuat semata-mata untuk publisiti atau menghangatkan lagi halaman web  kumpulan yang mendakwa membuat kajian ini? Terdapat dua kategori penjelasan  mengenai foto atau rakaman yang menunjukkan penjelmaan lembaga hantu ini. Yang  pertama adalah hasil dari kaedah penipuan dengan menggunakan perisian komputer  seperti Adobe Photoshop dan sebagainya. Pengklonan imej dan pengubahsuaian imej  agar membentuk sesuatu yang menyerupai hantu atau lembaga amat banyak dikesan.  60% dari foto yang diedarkan atau dipamerkan di laman web adalah dengan  menggunakan cara ini semata-mata untuk populariti individu atau kumpulan  tertentu yang mendakwa berjaya merakam imej hantu. Jika ditanyakan kepada  mereka, kebanyakannya menafikan menggunakan teknik pengubahsuaian ini. Namun  malangnya setelah dijalankan kajian terperinci berdasarkan pixel gambar,  latarbelakang  serta filem asal kebanyakannya adalah palsu. Untuk membezakan  foto yang asli dengan yang palsu adakalanya amat sukar kerana ia dipengaruhi  oleh kepakaran individu yang mengolahnya. Namun jika terdapat serba sedikit  pengetahuan asas serta akal yang berfikir secara logik, ianya dapat dibezakan.  
1) Teknik perisian  Photoshop
Gambar dibawah yang didakwa asli, sebenarnya ianya  diolah dengan menggunakan teknik Photoshop. Jika diperhatikan secara teliti,  terdapat sedikit kecacatan dan perbezaan tona warna pada gambar yang menunjukkan  gambar tersebut telah diedit dengan menggunakan perisian tersebut.  
Photo yang dikirimkan kepada salah satu laman web  mendakwa sewaktu jurugambar mengambil foto tersebut tidak ada wanita berpakaian  gelap dibelakang kanan -kanak tersebut, dan yang paling menakutkan adalah ianya  seolah olah bergerak dengan cara melayang.
Photo yang sama telah diedit semula untuk menunjukkan  kanak-kanak berpakaian merah jambu telah hilang dan untuk menjelaskan bagaimana  menghilangkan kaki wanita yang didakwa terapung dengan menggunakan teknik  pengklonan Photoshop.
Jika diperhatikan dengan teliti, foto  wanita tersebut adalah tampalan pada photo asal dan diedit dengan Photoshop  dengan memadamkan kakinya dan mencondongkan sedikit posisinya agar nampak ianya  seolah olah bergerak melayang. Selain itu perbezaan tona dan sempadan warna pada  pakaian wanita tersebut dimana terdapat kepudaran hasil dari pemadaman  menggunakan Photoshop. Penghuraian secara terperinci amat sukar diterangkan  disini melainkan dengan melakukan proses pengeditan dan melihat hasilnya  sendiri. Cuma apa yang dapat diterangkan secara ringkasnya adalah perbezaan tona  warna, pixel serta sempadan warna. Berikut pula adalah beberapa contoh yang sama  dan kesemuanya adalah melalui proses editing Photoshop yang didakwa tulen oleh  pengirimnya.
                                    Perhatikan lengan dan imej dalam bulatan yang berwarna merah .
Bulatan kecil- Jika sekali imbas menyerupai  figura wajah manusia tetapi apabila imej dibesarkan dan dibandingkan dengan imej  sekeliling jelas adalah hasil susunan dan adunan imej daun pada pohon pokok  secara semulajadi. Mengenai objek putih di sebelah kanan adalah palsu dan ia  lebih menyerupai sehelai kain yang menutupi gumpalan tali berwarna gelap.  Pengirim mendakwa ia adalah jelmaan langsuir atau 
Dibawah adalah beberapa lagi contoh  pemalsuan dengan kaedah yang sama semata-mata untuk menimbulkan cerita sensasi  mengenai hantu.
2) Teknik Double Exposure
Selain dari teknik diatas, hasil dari teknik double  exposure secara tidak sengaja kerana kesilapan teknikal sewaktu mengambil gambar  atau perbuatan sengaja  dengan menggunakan slaid yang sama boleh juga  menghasilkan imej seperti separa halimunan seperti  contoh:
3) Penghasilan imej vorteks, sfera roh atau dikenali  sebagai orb dengan penggunaan asap, benang, habuk dan  sebagainya
Vorteks berdasarkan pendapat pakar adalah  suatu yang berbentuk seperti  kabus atau kepulan asap misteri yang membentuk  garisan lurus atau tirus dan bergerak secara rawak. Vorteks juga dikaitkan  dengan pergerakan atau penjelmaan roh atau hantu dalam bentuk lingkaran, jaluran  objek berwarna cerah yang sering menjelma dalam bentuk kabus nipis dan  adakalanya tebal dan hilang serta-merta. Jangka masa vorteks adalah singkat dan  sukar ditemui namun pelbagai penipuan dilakukan untuk menampakkan sesuatu  seperti vorteks. Contohnya dengan mengunakan helaian rambut, tali, nylon, benang  dan sebagainya. Dan selain dari itu kecuaian jurugambar darisegi tali strap  kamera, helaian rambut yang menutupi lensa, asap rokok, kabus selepas hujan dan  sebagainya boleh menyebabkan imej terjadi. Lihat contoh dibawah sebagai  penjelasan.
.jpg)
‘Vorteks’ palsu yang dibuat dengan  menggunakan asap rokok.
Penghasilan sebuah ‘vorteks’ dengan menggunakan seutas  kain kecil yang nipis. Jika diperhatikan terdapat bentuk seperti wajah yang  lengkap dengan kepala, leher  dan torso bawah. Sebenarnya ia adalah sehelai kain  nipis yang digerakkan melintasi kamera.
Satu lagi imej ‘vorteks’ terhasil daripada gangguan  strap di hadapan lensa kamera
Bagaimana dengan kategori kedua? Dalam  kategori ini, para pengkaji sependapat bahawa kemungkinan imej yang diambil  adalah kesan pembiasan cahaya, imej semulajadi, pergerakan angin, serangga serta  pengaruh persekitaran ataupun pembentukan semulajadi seperti kabus dan  sebagainya. Namun tidak semua pihak ingin menerima pendapat ini kerana  kebanyakannya lebih berpegang kepada pendapat masing-masing. Walau apapun  alasannya, yang jelasnya ada sebilangan kecil kes yang benar-benar mempunyai  misteri yang sukar dijelaskan.. 
Jika dilihat sekali imbas, objek mungkin akan dianggap  sebagai vorteks atau entiti yang melintasi kamera yang ditinggalkan untuk  merakam imej. Imej di atas adalah terbentuk hasil dari pergerakan serangga  terbang seperti kupu-kupu, kumbang atau serangga kecil dan menghasilkan jaluran  beralun yang sering tersilap tafsir. 
Teknik lain yang paling popular untuk mendapat imej  ‘orb’ adalah dengan menepuk kain atau permaidani yang berhabuk. Kesan dari  teknik penipuan begini boleh menghasilkan imej sfera roh atau lebih dikenali  sebagai ‘orbs’. yang terhasil daripada partikel halus habuk serta debu, titisan  air atau embun  yang terlekat pada lensa ataupun terapung serta melayang di  udara sewaktu pengambilan gambar atau video
'Orbs' palsu yang terhasil dari partikel halus air atau debu  pada lensa
Berdasarkan beberapa contoh-contoh yang diberikan, jelaslah bahawa terdapat sebahagian kes yang didakwa imej ‘asli’ sebenarnya adalah hasil dari penipuan samada untuk populariti kumpulan atau individu tersebut ataupun akibat kurangnya pengetahuan asas mengenai dunia imej paranormal ini.
 Secara ringkasnya, didalam ‘perlumbaan’  individu atau kumpulan yang membuat kajian tentang paranormal, tidak dapat  dinafikan ada yang membuat pelbagai penipuan baik dari segi audio mahupun visual  seperti gambar dan rakaman video. Tetapi ini tidak bermakna semua para pengkaji  yang lain adalah sama. 
Beberapa contoh kes paranormal yang sukar  dijelaskan.
1)         Seorang lelaki bernama Tony O’Rahilly  mengabil beberapa gambar sebuah bangunan yang telah lama terbakar iaitu Werm  Town Hall bersama beberapa pengunjung yang lain tetapi apabila gambar tersebut  siap diproses, dia terkejut melihat lembaga seorang kanak-kanak perempuan  berdiri di muka pintu bangunan tersebut. Dia kemudiannya menghantar gambar  tersebut kepada Association for the Scientific Study of Anomalous Phenomena yang  menjalankan kajian terhadap fenomena misteri di 
2) Bayangan seorang  tentera yang menjelma dibelakang rakannya sewaktu gambar beramai-ramai diambil.  Lelaki berkenaan sebenarnya telah meninggal dunia sehari sebelum sesi  dijalankan.
3) Wajah makhluk misteri disebalik semak dan akar  berhampiran dengan sebuah bas yang terbalik di Semenanjung 
             Secara amnya, dalam membuat kajian  paranormal dan supernatural, beberapa aspek yang dianggap ringan menyebabkan  kesilapan dalam mengeluarkan andaian atau sesuatu teori dan bukti. Salah satu  aspek adalah dari segi pengambilan gambar untuk bahan kajian. Kebanyakan  kesilapan adalah dari segi asas teknik pengambaran atau membuat ‘photo proof’.  Seringkali aspek keadaan persekitaran, etika jurugambar, pemakaian yang kurang  sesuai serta sikap terburu-buru menjadi punca pembentukan imej yang akhirnya  dianggap jelmaan ‘hantu’ ini. Berikut adalah bebrapa tips dari kami dan beberapa  kumpulan yang berpengalaman untuk dikongsi bersama.
            Akhir sekali, saya memohon maaf jika  terdapat kesilapan dalam menulis artikel ini dan diharap terdapat pandangan atau  ulasan lain dari yang lebih arif atau berpengalaman  dalam bidang penyelidikan  paranormal dan supernatural ini.
Ethic and  Self Awareness in Photographing the Ghost
 Do  and don’t
Photography  is one of the most important, and certainly the most common tools for a  paranormal researcher. It provides visual documentation of occurrences. We use  35 mm cameras - either “point and shoot” or manuals are acceptable. Other  cameras like digital cams, phone cams also have been used with good results, but  for field work, the 35 mm is standard. The digital is becoming more and more  popular for many reasons... primarily being instant results and no money spent  on development. They both have pros and cons (the 35 mm produces a negative that  can be used for comparison, there is no data drops, etc. - the digital does not  allow for manipulation of film developing, is cheaper to use thus allowing many  more photos, etc.) and researchers have found that by using both they end up  with the best coverage of an investigation. It is not our intention of getting  into whether one is better then other, only to address simple steps that should  be followed at all times. A photo is only as good as its photographer is honest  so.... 
When  shooting photos the following conditions should be met:  
1.       All  straps should be removed or around neck (wrist straps should just be removed). I  is all to easy for a strap to slip into the photo by accident and cause a false  photo. This seems to be especially common with wrist straps. Many times the  photographer may not even be aware of it, and when the photos come out the  proximity of the strap to the lens and the flash produce an image that is taken  to be a "Vortex". Don't let this common mistake happen to you.  
2.       Never  shoot in inclement conditions (rain, snow, fog, high winds, dust, etc.). This  should be pretty self explanatory. Moisture makes orbs... and these are not  ghosts! While rain and other such conditions are the obvious ones, be aware of  more subtle conditions that can affect photos. Dew on the ground, ambient  moisture (humidity), mist and fog. Wind stirs up dust which can be reflected by  the flash or near by lighting and show up as orbs. Walking through a field can  stir up unseen mold spores... high pollen counts... all of these can be  accidentally photographed as orbs or other phenomenon. Stay aware and discard  anything that you know resulted from these or other similar conditions. Try  shining a high power light out... if you can see dust dancing in the beam then  they can show up on your film. Orbs are questionable enough... make sure you can  positively rule out normal causes. Be aware also of conditions that could cause  fogging or condensation in your camera (such as coming into a warm room from a  cold outdoors) 
3.       No  smoking while shooting film OR near it. This is an easy way to end up with the  ubiquitous "ecto mist". While mist photos that are not explainable any other way  are out there, it is very easy for stray smoke from a cigarette to masquerade as  a ghostly phenomenon. By the same token... don’t allow incense, candles or  anything else that could produce smoke, even in the smallest amount. Also be  aware of your breathe in cold weather. 
4.       Do not  take photos from moving vehicles, while walking down dusty paths. Again, dusty  paths produce false orbs. Movement, reflection from the car can cause a variety  of effects. Beside, if you’re driving along how will you be able to log EXACTLY  the area and condition when you took the photo?? 
5.       Make sure  all lens are clean of dust, fingerprint, etc. Again you don't need simple  mistakes such as finger print smears or dust reflection marring your work and  bringing into question your results. 
6.       Long hair  must be tied back. Fingers should be kept away from lens. A single stray hair  can cause a false vortex. If you have long hair, tie it back! Fingers can  inadvertently get in front of the lens and you can mistake this for a shadow.  Know where your fingers are so your "ghost" doesn't turn out to be a thumb  waving around! Avoid dangly things like drawstrings, long earrings, etc. that  could potentially interfere. 
7.       Avoid  shooting into the sun. Nothing useful will come of this. The light and  reflections into your lens and shutter can cause a number of effects, none of  which are paranormal. Just don't point that way. 
8.       Avoid  shooting with a flash at shiny or reflective surfaces. Typically a flash range  is about 10-12 feet; however we have photos where the flash reflected on an  object further away. A flash bouncing of a distant street sign, shiny tombstone  or mirror or window to the side of you can yield great looking orbs, blobs,  shadows and other goodies. None of which are paranormal. Be very careful to  check for ANY thing that could reflect a flash. Also be aware that a stray  flashlight beam can reflect oddly and into your camera. Be aware.  
9.       Some  people consider it helpful to load the film after you arrive (perhaps 20 minute  or so into the investigation). The belief is that this will show your intention  and possibly attract spirits. Whether this is so or not, the practical  consideration for doing this is that it allows you to evaluate the surroundings  and choose the right film, or the best camera for that situation.  
10.  In general look for film  speed of 400 or 800. In dark conditions anything lower than 400 is fairly  useless, and 400 may be cutting it a little close. 800 is better. Anything  higher is certainly better, however it does tend to produce grainy photos so be  aware of that when evaluating your pictures.
11.  Save those negatives! Store  them safely and make sure they are cross references with the photos. These are  invaluable when evaluating a potentially positive photo.  
12.  Don't be shy about removing  from consideration an anomalous photo if there is any doubt about the conditions  you took it in. Better safe then sorry. We attempt to recreate positive photos  to be as sure as possible they were not "oops" shots before giving them the  green light. No one's perfect or knows everything, but by removing truly  questionable shots it gives you a much firmer foundation to work with.  
13.  If you are using a digital  camera, shoot at the highest resolution possible. We have seen some interesting  "ghosts" that were actually poor image quality. 
14.  KNOW YOUR CAMERA. Take lots  of photos before you head out looking for a ghost. Deliberately shoot  incorrectly and examine those photos carefully so you know what they look like.  Be very aware of things like shutter reflection (which can appear as orbs or odd  shapes). Know that camera and its idiosyncrasies. Practice, practice,  practice.
15.  If you are using Infrared  photography: Infrared is providing some very interesting results in this field,  however it does tend to be expensive. It requires practice and experience to  properly use Infrared film. Infrared is sensitized to our level of light, as  well as to different wavelengths of radiation. Some basic pointers are:  
·         Use Black  and white Infrared film only - color IR film makes for some interesting colors  and can make photos useless for paranormal work. Recommended is HIE 135 B/W  film. Direct from Kodak it is approximately $12/roll... locally it can be as  much as $30/roll. Plus Developing!
·         IR film  is EXTREMELY sensitive to heat. It MUST be kept cool. If shipped it arrives  packed in dry ice, if purchased locally be SURE if it has been properly stored.  Try storing it in the refrigerator until 1 hour before  use.
·         Film must  be loaded and unloaded in total darkness. Any light leak can compromise the  film.
·         The use  of filters is a judgment call. Some feel this provides a better shot, others  feel it potentially cuts out possible wavelengths a anomaly might be found at. A  deep red filter will block visible light.
·         Be  careful using point-n-shoot cameras. Many have internal sensors that can damage  IR film. 
Tips  by ParaCrypt Study and Research Group in cooperation with the NC/Seven Team and  other Ghost Hunters societies






.jpg)







 





































No comments:
Post a Comment