Wednesday, April 11, 2007

ParaCrypt Study and Research Group

Paranormal. Antara kebenaran dan kepalsuan.

Pengenalan

Jika orang bertanyakan apakah dia yang dimaksudkan dengan hantu, rata-rata sependapat ia adalah roh atau jelmaan orang yang telah meninggal dunia, makhluk yang mempunyai wajah yang menggerunkan dan sebagainya. Tetapi adakah apa yang dinamakan sebagai hantu itu wujud? Berbagai kajian dan penyelidikan dijalankan oleh kumpulan atau perseorangan mengenai fenomena ‘hantu’ ini dan kebanyakan mereka yang mempercayai kewujudan ‘hantu’ ini sependapat ianya memang wujud dan cuba berkomunikasi dengan mereka yang hidup. Dan kehadirannya dapat dibuktikan dengan rakaman atau observasi yang dibuat di lokasi secara langsung. Pelbagai peralatan digunakan dalam menjalankan kajian seperti contoh alat perakam suara, kamera infra merah, alat pengesan medan magnetic dan sebagainya. Namun begitu, percanggahan tesis mengenai kewujudan ‘hantu’ ini mendapat reaksi dari sesetengah pengkaji yang lebih bersifat ‘percaya bila melihat’ dan juga dikaitkan dengan bukti yang logik dan kukuh.

Sebelum mengupas lebih lanjut tentang fenomena paranormal ini dan merungkai misteri disebalik nya, apakah yang dimaksudkan dengan EVP, Vorteks, Orb (Sfera roh), EMF, dan sebagainya. Electronic Voice Phenomenon atau dalam singkatanya EVP adalah rakaman bunyi yang diambil semasa kajian dijalankan. Selalunya alat perakam suara diletakan di tempat-tempat tertentu yang dipercayai sering kedengaran bisikan atau pun aktiviti luarbiasa di dalam lokasi. Sebagai contoh di dalam bilik tidur, ruang tamu, dapur atau lorong laluan di dalam rumah dan sebagainya. Kebiasaanya, kebanyakan rakaman tersebut akan menunjukkan bunyian aneh seperti suara orang bercakap, menangis, ugutan, atau mengerang dan berbagai lagi. Bagi mereka yang percaya kepadanya akan beranggapan itu adalah dari roh atau hantu tersebut yang mendiami lokasi. Namun begitu bagi sesetengah pengkaji yang lebih ekstrem, mereka tidak mengambilnya 100% sebagai bukti yang kukuh kerana EVP boleh dipengaruhi dengan bunyi persekitaran yang adakalanya disalah tafsir apabila didengar. Dalam pengalaman membuat kajian, memang ada kebenaran dari segi logik mengenai bunyi tersebut. Sebagai contoh, penafsiran bunyi EVP adalah dipengaruhi oleh pemikiran individu yang mendengarnya. Bunyi pergerakan atau gangguan persekitaran yang kurang jelas adakalanya ditafsirkan seperti suara orang yang sedang bercakap atau menyebut perkataan tertentu sedangkan ianya adalah jauh dari yang disangka. Sebagai contoh, bunyi desiran angin atau geseran menjadi bunyi sepertu raungan atau suara orang tua dan sebagainya. Itu sebabnya bagi kumpulan yang mempercayainya dan kumpulan yang mempertikaikannya sering berdebat mengenai isu EVP. Namun apa yang pasti, kebanyakan hasil rakaman EVP tidak dapat digunakan sebagai bukti kukuh akan kehadiran ‘hantu’ atau roh tersebut. EMF pula adalah alat pengesan medan elektromagnetik. Terdapat perbagai jenis dan jenama yang digunakan tetapi ianya merujuk kepada satu fungsi utama iaitu untuk mengesan kehadiran gelombang elektro magnetik di lokasi. Ada pendapat para pengkaji yang mengatakan ‘hantu’ atau roh orang mati ini mempunyai gelombang magnetik tertentu dan ianya dapat dikesan dengan penggunaan alat ini. Teori diperkuatkan lagi dengan bukti perubahan pada bacaan alat tersebut di lokasi yang mengesan adanya medan elektro magnetik hasil dari tenaga yang dijanakan oleh jisim ‘hantu’ tersebut. Akan tetapi, kelemahan alat ini adalah apabila si pengguna atau pengkaji tidak menyedari ianya boleh dipengaruhi oleh arus elektrik pada kabel atau wayar yang berada di lokasi. Kebanyakan kes-kes seperti ini sering berlaku di lokasi seperti rumah atau bangunan lama dimana arus elektrik masih lagi mengalir dalam system kabel pada rumah atau bangunan tersebut. Yang paling memburukkan lagi bacaan ialah apabila terdapat wayar atau kabel terdedah didalam dinding konkrit yang sukar dikesan. Namun tidak dapat dinafikan sesetengah kes yang berbeza seperti di lapangan terbuka bacaan pada alat EMF adakalanya menimbulkan persoalan tentang punca tenaga tersebut. Walaupun begitu, pengkaji tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa atau terus mengiakan bacaan pada alat, ini kerana selain kehadiran arus elektrik di lokasi EMF juga boleh mengesan medan yang terhasil dari magnet walau ianya sebesar ibu jari yang mungkit terdapat di lokasi tanpa kita ketahui.

Penurunan suhu mendadak yang tidak dapat dijelaskan sering berlaku pada kawasan atau sudut tertentu yang sering dialami oleh para pengkaji. Ianya dikaitkan dengan kehadiran ‘hantu’ tersebut. Secara teori, apabila sesuatu jisim hidup tersebut mati, ianya akan membebaskan sisa tenaga yang disimpan didalam tubuhnya sewaktu hidup. Tenaga ini adaalanya dapat dirasakan oleh mereka yang secara kebetulan berada di waktu dan tempat pada waktu yang sama. Selain itu terdapat juga pendapat dan teori yang mengatakan, perubahan suhu mendadak adalah dipengaruhi oleh perwatakan ‘hantu’ atau roh tersebut. Panas dikaitkan dengan kemarahan, kebencian, dendam dan sebagainya dan sejuk pula berkait rapat dengan ketakutan, ketidaktenteraman, kekeliruan dan kesedihan. Sejauh mana kekuatan teori ini tidak dapat dinyatakan kerana memang ada kes yang tidak dapat dijelaskan iaitu penurunan suhu mendadak dan kemudian meningkat melebihi suhu normal di lokasi. Akan tetapi bagi agama Islam, kejadian Jin adalah dari api dan sememangnya api adalah panas dan tidak dapat dinafikan juga bagi sesetengah pengkaji bahawa kehadiran makhluk ini boleh menyebabkan perubahan suhu di sesuatu titik tertentu.

Di atas adalah huraian mengenai sebahagian peralatan serta fungsinya tetapi adakah dengan hanya hasil bacaan peralatan tersebut boleh menguatkan akan adanya hantu? Jika tidak, bagaimana dengan sesetengah foto atau rakaman yang menunjukkan akan kehadiran bentuk-bentuk tertentu atau bayangan gelap dan sebagainya sepert yang banyak terdapat didalam laman web dan sebagainya? Sebagai contoh, dibawah adalah sebahagian foto yang dikirimkan kepada ParaCrypt dan juga yang terdapat di dalam koleksi para pengkaji yang turut sama membuat kajian ini.

Lembaga yang dipercayai langsuir atau pontianak di dalam sebuah rumah kosong


Imej lembaga wanita tua di balkoni sebuah rumah banglo dua tingkat di siang hari

Susuk lembaga di atas balkoni sebuah gereja

Lembaga lelaki berpakaian kot di belakang batu nisan pada waktu malam



Pelbagai reaksi atau pendapat yang diberikan oleh pengkaji ataupun peminat aktiviti paranormal ini. Dan bukan itu sahaja, dewasa ini terdapat pelbagai jumlah penemuan hantu yang berjaya dirakam dengan kamera. Akan tetapi, adakah semua foto dan rakaman ini benar atau hanya sengaja dibuat semata-mata untuk publisiti atau menghangatkan lagi halaman web kumpulan yang mendakwa membuat kajian ini? Terdapat dua kategori penjelasan mengenai foto atau rakaman yang menunjukkan penjelmaan lembaga hantu ini. Yang pertama adalah hasil dari kaedah penipuan dengan menggunakan perisian komputer seperti Adobe Photoshop dan sebagainya. Pengklonan imej dan pengubahsuaian imej agar membentuk sesuatu yang menyerupai hantu atau lembaga amat banyak dikesan. 60% dari foto yang diedarkan atau dipamerkan di laman web adalah dengan menggunakan cara ini semata-mata untuk populariti individu atau kumpulan tertentu yang mendakwa berjaya merakam imej hantu. Jika ditanyakan kepada mereka, kebanyakannya menafikan menggunakan teknik pengubahsuaian ini. Namun malangnya setelah dijalankan kajian terperinci berdasarkan pixel gambar, latarbelakang serta filem asal kebanyakannya adalah palsu. Untuk membezakan foto yang asli dengan yang palsu adakalanya amat sukar kerana ia dipengaruhi oleh kepakaran individu yang mengolahnya. Namun jika terdapat serba sedikit pengetahuan asas serta akal yang berfikir secara logik, ianya dapat dibezakan.

1) Teknik perisian Photoshop

Gambar dibawah yang didakwa asli, sebenarnya ianya diolah dengan menggunakan teknik Photoshop. Jika diperhatikan secara teliti, terdapat sedikit kecacatan dan perbezaan tona warna pada gambar yang menunjukkan gambar tersebut telah diedit dengan menggunakan perisian tersebut.


Photo yang dikirimkan kepada salah satu laman web mendakwa sewaktu jurugambar mengambil foto tersebut tidak ada wanita berpakaian gelap dibelakang kanan -kanak tersebut, dan yang paling menakutkan adalah ianya seolah olah bergerak dengan cara melayang.

Photo yang sama telah diedit semula untuk menunjukkan kanak-kanak berpakaian merah jambu telah hilang dan untuk menjelaskan bagaimana menghilangkan kaki wanita yang didakwa terapung dengan menggunakan teknik pengklonan Photoshop.

Jika diperhatikan dengan teliti, foto wanita tersebut adalah tampalan pada photo asal dan diedit dengan Photoshop dengan memadamkan kakinya dan mencondongkan sedikit posisinya agar nampak ianya seolah olah bergerak melayang. Selain itu perbezaan tona dan sempadan warna pada pakaian wanita tersebut dimana terdapat kepudaran hasil dari pemadaman menggunakan Photoshop. Penghuraian secara terperinci amat sukar diterangkan disini melainkan dengan melakukan proses pengeditan dan melihat hasilnya sendiri. Cuma apa yang dapat diterangkan secara ringkasnya adalah perbezaan tona warna, pixel serta sempadan warna. Berikut pula adalah beberapa contoh yang sama dan kesemuanya adalah melalui proses editing Photoshop yang didakwa tulen oleh pengirimnya.

Perhatikan lengan dan imej dalam bulatan yang berwarna merah .

Bulatan kecil- Jika sekali imbas menyerupai figura wajah manusia tetapi apabila imej dibesarkan dan dibandingkan dengan imej sekeliling jelas adalah hasil susunan dan adunan imej daun pada pohon pokok secara semulajadi. Mengenai objek putih di sebelah kanan adalah palsu dan ia lebih menyerupai sehelai kain yang menutupi gumpalan tali berwarna gelap. Pengirim mendakwa ia adalah jelmaan langsuir atau pontianak dalam sebuah majlis perkahwinan di Limbang, Sarawak dan telah menghantar ke sebuah syarikat penerbitan untuk dimasukkan ke dalam buku kisah misterinya. Akan tetapi setelah diteliti oleh pakar dan dibuat pemeriksaan apa yang sebagai didakwa langsuir adalah sebenarnya palsu berdasarkan posisi lengan lelaki yang memegang objek tersebut sambil memandang kamera serta reaksi wajah.

Dibawah adalah beberapa lagi contoh pemalsuan dengan kaedah yang sama semata-mata untuk menimbulkan cerita sensasi mengenai hantu.


2) Teknik Double Exposure

Selain dari teknik diatas, hasil dari teknik double exposure secara tidak sengaja kerana kesilapan teknikal sewaktu mengambil gambar atau perbuatan sengaja dengan menggunakan slaid yang sama boleh juga menghasilkan imej seperti separa halimunan seperti contoh:

3) Penghasilan imej vorteks, sfera roh atau dikenali sebagai orb dengan penggunaan asap, benang, habuk dan sebagainya

Vorteks berdasarkan pendapat pakar adalah suatu yang berbentuk seperti kabus atau kepulan asap misteri yang membentuk garisan lurus atau tirus dan bergerak secara rawak. Vorteks juga dikaitkan dengan pergerakan atau penjelmaan roh atau hantu dalam bentuk lingkaran, jaluran objek berwarna cerah yang sering menjelma dalam bentuk kabus nipis dan adakalanya tebal dan hilang serta-merta. Jangka masa vorteks adalah singkat dan sukar ditemui namun pelbagai penipuan dilakukan untuk menampakkan sesuatu seperti vorteks. Contohnya dengan mengunakan helaian rambut, tali, nylon, benang dan sebagainya. Dan selain dari itu kecuaian jurugambar darisegi tali strap kamera, helaian rambut yang menutupi lensa, asap rokok, kabus selepas hujan dan sebagainya boleh menyebabkan imej terjadi. Lihat contoh dibawah sebagai penjelasan.


‘Vorteks’ palsu yang dibuat dengan menggunakan asap rokok.

Penghasilan sebuah ‘vorteks’ dengan menggunakan seutas kain kecil yang nipis. Jika diperhatikan terdapat bentuk seperti wajah yang lengkap dengan kepala, leher dan torso bawah. Sebenarnya ia adalah sehelai kain nipis yang digerakkan melintasi kamera.

Satu lagi imej ‘vorteks’ terhasil daripada gangguan strap di hadapan lensa kamera

Bagaimana dengan kategori kedua? Dalam kategori ini, para pengkaji sependapat bahawa kemungkinan imej yang diambil adalah kesan pembiasan cahaya, imej semulajadi, pergerakan angin, serangga serta pengaruh persekitaran ataupun pembentukan semulajadi seperti kabus dan sebagainya. Namun tidak semua pihak ingin menerima pendapat ini kerana kebanyakannya lebih berpegang kepada pendapat masing-masing. Walau apapun alasannya, yang jelasnya ada sebilangan kecil kes yang benar-benar mempunyai misteri yang sukar dijelaskan..



Jika dilihat sekali imbas, objek mungkin akan dianggap sebagai vorteks atau entiti yang melintasi kamera yang ditinggalkan untuk merakam imej. Imej di atas adalah terbentuk hasil dari pergerakan serangga terbang seperti kupu-kupu, kumbang atau serangga kecil dan menghasilkan jaluran beralun yang sering tersilap tafsir.

Teknik lain yang paling popular untuk mendapat imej ‘orb’ adalah dengan menepuk kain atau permaidani yang berhabuk. Kesan dari teknik penipuan begini boleh menghasilkan imej sfera roh atau lebih dikenali sebagai ‘orbs’. yang terhasil daripada partikel halus habuk serta debu, titisan air atau embun yang terlekat pada lensa ataupun terapung serta melayang di udara sewaktu pengambilan gambar atau video


'Orbs' palsu yang terhasil dari partikel halus air atau debu pada lensa

Berdasarkan beberapa contoh-contoh yang diberikan, jelaslah bahawa terdapat sebahagian kes yang didakwa imej ‘asli’ sebenarnya adalah hasil dari penipuan samada untuk populariti kumpulan atau individu tersebut ataupun akibat kurangnya pengetahuan asas mengenai dunia imej paranormal ini.


Secara ringkasnya, didalam ‘perlumbaan’ individu atau kumpulan yang membuat kajian tentang paranormal, tidak dapat dinafikan ada yang membuat pelbagai penipuan baik dari segi audio mahupun visual seperti gambar dan rakaman video. Tetapi ini tidak bermakna semua para pengkaji yang lain adalah sama. Ada juga para kumpulan atau pengkaji individu yang benar-benar membuat kajian dengan menunjukkan bukti asli dan sahih berdasarkan kajian terperinci oleh mereka terhadap fenomena atau kejadian luarbiasa ini. Malangnya akibat perbuatan pihak-pihak yang kurang bermoral ini, para pengkaji sebenar sering menjadi bahan gurauan, dituduh menipu malah dianggap serong oleh masyarakat ibarat kata pepatah melayu yang menyebut ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.

Beberapa contoh kes paranormal yang sukar dijelaskan.

1) Seorang lelaki bernama Tony O’Rahilly mengabil beberapa gambar sebuah bangunan yang telah lama terbakar iaitu Werm Town Hall bersama beberapa pengunjung yang lain tetapi apabila gambar tersebut siap diproses, dia terkejut melihat lembaga seorang kanak-kanak perempuan berdiri di muka pintu bangunan tersebut. Dia kemudiannya menghantar gambar tersebut kepada Association for the Scientific Study of Anomalous Phenomena yang menjalankan kajian terhadap fenomena misteri di England dan kemudiannya mereka membuktikan imej tersebut adalah tulen. Dan ketika kajian dijalankan, mereka berjaya menemukan sejarah latarbelakang bangunan tersebut iaitu pada tahun 1677 bangunan tersebut telah terbakar akibat kecuaian lilin oleh seorang kanak-kanak perempuan- Jane Churm yang turut sama terkorban dalam kebakaran

2) Bayangan seorang tentera yang menjelma dibelakang rakannya sewaktu gambar beramai-ramai diambil. Lelaki berkenaan sebenarnya telah meninggal dunia sehari sebelum sesi dijalankan.

3) Wajah makhluk misteri disebalik semak dan akar berhampiran dengan sebuah bas yang terbalik di Semenanjung Malaysia.

Secara amnya, dalam membuat kajian paranormal dan supernatural, beberapa aspek yang dianggap ringan menyebabkan kesilapan dalam mengeluarkan andaian atau sesuatu teori dan bukti. Salah satu aspek adalah dari segi pengambilan gambar untuk bahan kajian. Kebanyakan kesilapan adalah dari segi asas teknik pengambaran atau membuat ‘photo proof’. Seringkali aspek keadaan persekitaran, etika jurugambar, pemakaian yang kurang sesuai serta sikap terburu-buru menjadi punca pembentukan imej yang akhirnya dianggap jelmaan ‘hantu’ ini. Berikut adalah bebrapa tips dari kami dan beberapa kumpulan yang berpengalaman untuk dikongsi bersama.

Akhir sekali, saya memohon maaf jika terdapat kesilapan dalam menulis artikel ini dan diharap terdapat pandangan atau ulasan lain dari yang lebih arif atau berpengalaman dalam bidang penyelidikan paranormal dan supernatural ini.

Ethic and Self Awareness in Photographing the Ghost

Do and don’t

Photography is one of the most important, and certainly the most common tools for a paranormal researcher. It provides visual documentation of occurrences. We use 35 mm cameras - either “point and shoot” or manuals are acceptable. Other cameras like digital cams, phone cams also have been used with good results, but for field work, the 35 mm is standard. The digital is becoming more and more popular for many reasons... primarily being instant results and no money spent on development. They both have pros and cons (the 35 mm produces a negative that can be used for comparison, there is no data drops, etc. - the digital does not allow for manipulation of film developing, is cheaper to use thus allowing many more photos, etc.) and researchers have found that by using both they end up with the best coverage of an investigation. It is not our intention of getting into whether one is better then other, only to address simple steps that should be followed at all times. A photo is only as good as its photographer is honest so....

When shooting photos the following conditions should be met:

1. All straps should be removed or around neck (wrist straps should just be removed). I is all to easy for a strap to slip into the photo by accident and cause a false photo. This seems to be especially common with wrist straps. Many times the photographer may not even be aware of it, and when the photos come out the proximity of the strap to the lens and the flash produce an image that is taken to be a "Vortex". Don't let this common mistake happen to you.

2. Never shoot in inclement conditions (rain, snow, fog, high winds, dust, etc.). This should be pretty self explanatory. Moisture makes orbs... and these are not ghosts! While rain and other such conditions are the obvious ones, be aware of more subtle conditions that can affect photos. Dew on the ground, ambient moisture (humidity), mist and fog. Wind stirs up dust which can be reflected by the flash or near by lighting and show up as orbs. Walking through a field can stir up unseen mold spores... high pollen counts... all of these can be accidentally photographed as orbs or other phenomenon. Stay aware and discard anything that you know resulted from these or other similar conditions. Try shining a high power light out... if you can see dust dancing in the beam then they can show up on your film. Orbs are questionable enough... make sure you can positively rule out normal causes. Be aware also of conditions that could cause fogging or condensation in your camera (such as coming into a warm room from a cold outdoors)

3. No smoking while shooting film OR near it. This is an easy way to end up with the ubiquitous "ecto mist". While mist photos that are not explainable any other way are out there, it is very easy for stray smoke from a cigarette to masquerade as a ghostly phenomenon. By the same token... don’t allow incense, candles or anything else that could produce smoke, even in the smallest amount. Also be aware of your breathe in cold weather.

4. Do not take photos from moving vehicles, while walking down dusty paths. Again, dusty paths produce false orbs. Movement, reflection from the car can cause a variety of effects. Beside, if you’re driving along how will you be able to log EXACTLY the area and condition when you took the photo??

5. Make sure all lens are clean of dust, fingerprint, etc. Again you don't need simple mistakes such as finger print smears or dust reflection marring your work and bringing into question your results.

6. Long hair must be tied back. Fingers should be kept away from lens. A single stray hair can cause a false vortex. If you have long hair, tie it back! Fingers can inadvertently get in front of the lens and you can mistake this for a shadow. Know where your fingers are so your "ghost" doesn't turn out to be a thumb waving around! Avoid dangly things like drawstrings, long earrings, etc. that could potentially interfere.

7. Avoid shooting into the sun. Nothing useful will come of this. The light and reflections into your lens and shutter can cause a number of effects, none of which are paranormal. Just don't point that way.

8. Avoid shooting with a flash at shiny or reflective surfaces. Typically a flash range is about 10-12 feet; however we have photos where the flash reflected on an object further away. A flash bouncing of a distant street sign, shiny tombstone or mirror or window to the side of you can yield great looking orbs, blobs, shadows and other goodies. None of which are paranormal. Be very careful to check for ANY thing that could reflect a flash. Also be aware that a stray flashlight beam can reflect oddly and into your camera. Be aware.

9. Some people consider it helpful to load the film after you arrive (perhaps 20 minute or so into the investigation). The belief is that this will show your intention and possibly attract spirits. Whether this is so or not, the practical consideration for doing this is that it allows you to evaluate the surroundings and choose the right film, or the best camera for that situation.

10. In general look for film speed of 400 or 800. In dark conditions anything lower than 400 is fairly useless, and 400 may be cutting it a little close. 800 is better. Anything higher is certainly better, however it does tend to produce grainy photos so be aware of that when evaluating your pictures.

11. Save those negatives! Store them safely and make sure they are cross references with the photos. These are invaluable when evaluating a potentially positive photo.

12. Don't be shy about removing from consideration an anomalous photo if there is any doubt about the conditions you took it in. Better safe then sorry. We attempt to recreate positive photos to be as sure as possible they were not "oops" shots before giving them the green light. No one's perfect or knows everything, but by removing truly questionable shots it gives you a much firmer foundation to work with.

13. If you are using a digital camera, shoot at the highest resolution possible. We have seen some interesting "ghosts" that were actually poor image quality.

14. KNOW YOUR CAMERA. Take lots of photos before you head out looking for a ghost. Deliberately shoot incorrectly and examine those photos carefully so you know what they look like. Be very aware of things like shutter reflection (which can appear as orbs or odd shapes). Know that camera and its idiosyncrasies. Practice, practice, practice.

15. If you are using Infrared photography: Infrared is providing some very interesting results in this field, however it does tend to be expensive. It requires practice and experience to properly use Infrared film. Infrared is sensitized to our level of light, as well as to different wavelengths of radiation. Some basic pointers are:

· Use Black and white Infrared film only - color IR film makes for some interesting colors and can make photos useless for paranormal work. Recommended is HIE 135 B/W film. Direct from Kodak it is approximately $12/roll... locally it can be as much as $30/roll. Plus Developing!

· IR film is EXTREMELY sensitive to heat. It MUST be kept cool. If shipped it arrives packed in dry ice, if purchased locally be SURE if it has been properly stored. Try storing it in the refrigerator until 1 hour before use.

· Film must be loaded and unloaded in total darkness. Any light leak can compromise the film.

· The use of filters is a judgment call. Some feel this provides a better shot, others feel it potentially cuts out possible wavelengths a anomaly might be found at. A deep red filter will block visible light.

· Be careful using point-n-shoot cameras. Many have internal sensors that can damage IR film.

Tips by ParaCrypt Study and Research Group in cooperation with the NC/Seven Team and other Ghost Hunters societies

No comments: