Tuesday, February 23, 2010

Lagenda Datu Merpati

Lagenda Datu Merpati dan Datu Merpati Jepang di Sarawak merupakan sebuah lagenda dan sejarah yang berkaitan dengan asal usul perabangan serta keturunan Raden di Sarawak. Namun terdapat beberapa kekeliruan serta percanggahan fakta dari segi kesahihan serta salasilah yang juga berhubungkait dengan salasilah Kesultanan Sambas dan Brunei dimana menurut lagenda ini terdapat hubungan tali kekeluargaan diantara ketiga-tiga negeri ini. Sejauh mana ianya benar terpulang kepada mereka yang mengetahui.

Berbagai kajian telah dijalankan oleh individu, badan serta pengkaji sejarah yang berminat akan kisah yang dianggap satu khazanah bagi Sarawak. Akan tetapi terdapat berbagai versi, mitos dan juga kekaburan dari segi fakta mahupun penceritaan. sungguhpun terdapat banyak kawasan yang dikaitkan dengan kehadiran Datu Merpati ke Borneo, kajian terhadap lagenda ini bukan bertujuan untuk mempertikai atau membuat persepsi negatif keatas aliran keturunan pihak tertentu, tetapi ingin merungkai apa sebenarnya berlaku dan siapa sebenarnya tokoh ini. Adakah beliau hanya sebuah mitos hikayat lama seperti tokoh lain umpamanya Hang Tuah, Bendahara Tepok, Puteri Gunung Ledang dan sebagainya? atau beliau benar-benar wujud tetapi riwayat kisah beliau telah diubah atau ditokok tambah agar penceritaannya lebih menarik, ataupun ianya adalah satu dari adaptasi hikayat lain dan kemudian dimasukkan kedalam penulisan kisah beliau?

Walau apapun teorinya, nama Datu Merpati@Raden Merpati merupakan sebuah nama yang begitu sinonim dengan peradaban Melayu Sarawak khasnya. Sambas dan Brunei yang juga dikaitkan tentang asal penubuhan kerajaannya juga diceritakan didalam lagenda ini.

Paracrypt Research and Study Group juga tidak melepaskan peluang untuk membuat kajian tokoh yang bersejarah ini dan cuba merungkai misteri disebalik lagenda ini berdasarkan beberapa rujukan dan fakta sejarah peradaban dan kesusasteraan nusantara. Namun hasil kajian ini tidak bermakna 100% ianya harus diterima, tetapi mungkin boleh membantu kajian lanjut dan menjadi batu loncatan kepada kajian atau expedisi yang lain malah pendapat mahupun input dalam berbagai bentuk juga amat dialu-alukan dalam menjejak dan merungkai siapakah sebenarnya DATU MERPATI@RADEN MERPATI



Sekian

R Iskandar


untuk muat turun artikel kajian, sila klik:


http://www.filehosting.org/file/details/665219/Lagenda%20Datu%20Merpati%20Jepang.pdf